APA ITU NING? NING BAIZURA KE??? :
Ning ialah satu perkhidmatan berasaskan Internet yang membolehkan pengguna membina rangkaian sosial mereka sendiri dan menyertai rangkaian lain. Ning juga membolehkan pembangun rangkaian untuk menentukan susun atur, kefungsian dan juga sama ada laman web tersebut ialah laman web umum atau persendirian. Kebanyakan rangkaian memasukkan ciri-ciri seperti gambar atau video, senarai acara dan ahli rangkaian, kumpulan yang ada dalam rangkaian serta alat komunikasi seperti forum atau blog. Tiada kemahiran teknikal diperlukan untuk membina rangkaian sosial, dan tiada had ditetapkan kepada bilangan rangkaian yang boleh disertai oleh pengguna. Ning menawarkan rangkaian tanpa kos yang disokong oleh iklan, atau pengguna boleh membayar perkhidmatan premium yang tidak memerlukan iklan dan yang membolehkan mereka memilih URL rangkaian berasingan daripada domain Ning (Educause 2008).
|
|
PENGGUNAAN NING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Ning menyediakan satu ruang agar pengajar dapat memanfaatkan rangkaian sosial dalam satu persekitaran neutral yang menawarkan kefungsian dan pengalaman yang selesa dan tidak asing kepada pelajar. Melalui pembinaan rangkaian sosial tentang suatu topik akademik atau projek tertentu suatu kursus, pengajar boleh:
- Membantu mewujudkan kesedaran berkomuniti dalam kalanganpelajar.
- Menggalakkan interaksi peribadi yang akan menghasilkan pengetahuan baharu dan kecerdasan secara bersama.
- Pelajar membina rangkaian sosial mereka sendiri.
- Pelajar mempelajari cara untuk memupuk dan mengekalkan hubungan dalam satu komuniti pengguna yang mungkin mewakili hubungan dan komuniti profesional.
- Satu cara mudah bagi sekumpulan pelajar – contohnya dari kelas yang baru mengambil bahagian atau mereka yang menyertai program satu semester di luar negara – untuk terus berhubung sepanjang tahun pengajian di kolej dan seterusnya, walaupun selepas mereka berpindah institusi, tamat pengajian atau berpindah tempat tinggal.