Platform Facebook membolehkan pembangun web membina aplikasi yang bersepadu dengan rangkaian sosial Facebook dan disampaikan melalui laman Web Facebook. Aplikasi tersebut dijalankan di pelayan pembangun web, dan apa sahaja data yang unik kepada aplikasi tersebut disimpan dalam pangkalan data pembangun web. Walaupun berfungsi di pelayan tersendiri, aplikasi Facebook boleh mencari datanya bagi memperoleh manfaat daripada rangkaian sosial Facebook yang sedia ada. Pengguna Facebo ok boleh melayari aplikasi yang ada dan mengaktifkan mana-mana aplikasi yang dimahukan, yang memberi mereka kebenaran untuk mengakses sebarang subset data akaunmereka (PennState 2007).
CARA MENGGUNAKAN FACEBOOK DALAM PENDIDIKAN
Amat penting bagi guru dan pensyarah untuk memperkenalkan rangkaian sosial kepada pelajar. Menurut Caroline dan Terri (2009), sebagai tugasan elektif, guru boleh meminta pelajar untuk:
- Membuka akaun Facebook mereka sendiri dan “menjadi kawan” kepada sekurang-kurangnya seorang daripada rakan sekelas mereka.
- Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas pesanan mengenai tugasan kursus, serta permohonan kursus.
- Mencuba penggunaan ciri-ciri yang berbeza
CONTOH PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM PENDIDIKAN
https://www.facebook.com/groups/187158351786658/
SELAMAT MENCUBA