APA ITU EDMODO?
Edmodo merupakan platform sosial persendirian yang percuma untuk guru dan pelajar berkongsi idea, fail, peristiwa dan tugasan. Edmodo menyediakan cara yang selamat dan mudah untuk berhubung dan bekerjasama dalam kelas. Laman ini boleh diakses di Internet dan dari mana -mana peranti mudah alih melalui aplikasi telefon pintar percuma. Berasaskan model penulisan blog mikro dan disesuaikan untuk penggunaan dalam pendidikan, Edmodo membolehkan guru menyiarkan mesej dan nota, membincangkan topik pelajaran, memberikan tugasan dan menilai kerja kelas, berkongsi kandungan dan bahan pengajaran, serta membina rangkaian dan bertukar-tukar idea
sesama guru lain. Selain itu, mereka boleh menjaga kalendar kelas, menyimpan dan berkongsi fail, menerima aliran awam (RSS), dan mengadakan tinjauan. Edmodo dibina untuk kerjasama kumpulan yang tertutup, bermakna pelajar yang mempunyai kod rahsia sahaja yang boleh menyertai kumpulan tersebut.
(Sumber: http://www.edmodo.com)
sesama guru lain. Selain itu, mereka boleh menjaga kalendar kelas, menyimpan dan berkongsi fail, menerima aliran awam (RSS), dan mengadakan tinjauan. Edmodo dibina untuk kerjasama kumpulan yang tertutup, bermakna pelajar yang mempunyai kod rahsia sahaja yang boleh menyertai kumpulan tersebut.
(Sumber: http://www.edmodo.com)
EDMODO DALAM PENDIDIKAN
kebolehcapaian Edmodo memberi impak dalam pendidikan , secara tidak langsung penggunaan EDMODO menjadikannya satu dunia pembelajaran yang berkesan dimana Ia membolehkan pelajar mengambil bahagian secara aktif.
- Edmodo menyediakan ruang kepada tutor untuk menghantar peringatan tugasan, membina kalendar acara, dan menghantar mesej kepada ahli kumpulan.
- Pengguna juga boleh berkongsi pautan, video, dan imej. Edmodo boleh menjadi medium untuk tutor berkomunikasi dengan berkesan kepada pelajar yang memerlukan bimbingan.
- Untuk mata pelajaran seperti bahasa asing, tutor telah pun menggunakan Edmodo untuk menetapkan kelas gandingan antara mereka dengan guru bahasa lain dari serata dunia. Pelajar boleh melihat semula pautan yang dihantar melalui suapan RSS dengan mudah. Tutor juga boleh membuat pentaksiran autentik formatif yang lain menggunakan Edmodo. Satu tugasan dalam kelas untuk membaca dan mengupas sebuah petikan dengan mudahnya boleh bertukar menjadi satu tugasan bertulis.